DAP Sudah Mula Cuba Hapuskan Hak Melayu


Perlukah kita tetap berdiam diri, satu persatu bukti telah menunjukkan bahawa Dap berusaha untuk menidakkan hak-hak keistimewaan Melayu. Semalam, seorang Ahli Parlimen Dap memansuhkan diskaun bumiputera bagi pembelian hartanah komersial dan rumah mewah di Selangor disifatkan sebagai satu petanda awal bahawa parti itu sedia menghapuskan semua hak istimewa Melayu sekiranya diberi kuasa memerintah.

Jelas Dap merupakan sebuah parti yang Chauvinist. Jika misi mereka tercapai, sudah tentu Perlembagaan Persekutuan akan dipinda dan nasib kehidupan orang Melayu bukan sahaja bertambah perit malah kepentingan Islam juga boleh terjejas.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, ”Adakah ini yang kita mahukan? Adakah kita mahu melihat nasib kaum kita seumpama mengemis di tanah air sendiri? Adakah kita mahu melihat Islam sebagai agama kita yang suci ini terjejas?

”Insaflah, sedarlah, lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin Melayu dan pengikut-pengikut mereka yang terlalu seronok bersekongkol dengan Dap. Cuba lihat Singapura apa sudah jadi dengan orang Melayu di sana?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Hilmi berkata, secara peribadi beliau meminta kumpulan pemimpin Melayu yang sanggup bekerjasama serta bersekongkol dengan Dap supaya segera bermuhasabah.

”Jangan nanti kita menyesal setelah melihat negara ini tergadai kepada kaum lain,” katanya.
Ketika menjawab satu soalan, Mohd. Hilmi turut mengakui cadangan Tony Pua itu akan melebarkan lagi jurang dalam bentuk pegangan ekuiti antara bumiputera khususnya orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

”Umum mengetahui kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain dalam konteks pegangan ekuiti adalah terlalu jauh. Orang Melayu masih lagi ketinggalan. Ini adalah fakta dan bukannya kenyataan kosong.

”Berapa sangat orang Melayu boleh memberi hartanah komersial dan rumah mewah? Saya percaya ia boleh dikira dengan jari. Selama ini pun sejak berpuluh-puluh tahun sistem diskaun pembelian hartanah oleh bumiputera diamalkan tidak pula timbul masalah,” katanya.


Jika dahulu Singapura menjadi contoh terbaik kepada orang-orang Melayu, kini lihat sahaja di Pulau Pinang.
Cuba jenguk nasib orang Melayu di negeri itu. Pelbagai cara dibuat untuk meminggirkan orang kita di sana.

1 comment:

  1. nak cerita pasal Islam ? Islam terjejas ? ehmmm ulama sekarang yang ada di Malaysia pown seperti ditindas . . pelajar2 tahfiz tak diberi keistimewaan . . hukum hudud pown diperlekehkan . . itu kew corak pemerintahan UMNO yg nak kata adil dan tegakkan Islam ??

    ReplyDelete