PRK - Bagan Pinang



Tan Sri Isa Samad telah diumumkan sebagai calon untuk PRK di Bagan Pinang dan disambut dengan sorakan dan tepukan yang gemuruh dari semua yang hadir. Tahniah diucapkan dan semoga dengan pemilihan beliau sebagai calon pilihan serta disokong oleh akar umbi dapat mengekalkan penguasaan BN di sana.

Kerja siapakah ini?






Poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan mengandungi perkataan yang tidak baik...Dikatakan, ianya adalah merupakan suatu cara oleh rakyat dalam menyuarakan ketidak puasan hati serta amarah rakyat Perak...bukan segelintir tetapi dikatakan keseluruhannya...

Diberitakan kain rentang ucapan Selamat Hari Raya oleh Zambry yang digantung di jalan masuk ke Pasar Batu Gajah telah disembur cat hitam pada mukanya dan ditulis perkataan 'haram jadah' pada kain rentang berkenaan. Nasib yang sama turut dirasa oleh Adun Sungai Rapat, YB Hamidah Osman. Kain rentangnya yang digantung di pintu pagar masuk Masjid Kampung Sri Jaya turut diconteng. Difikirkan semula, tidak mustahil perbuatan-perbuatan bak anak-anak kecil ini dilakukan oleh mereka yang tidaak bertanggungjawab yang didalangi oleh pihak-piahk tertentu...sudah pasti kita dapat meneka siapa mereka?

Namun, apa yang disimpulkan oleh pakatan rakyat, "sebarang poster dan kain pemidang mengandungi gambar Zambry ataupun ADUN BN yang lain, diconteng dengan cat dan tulisan maki hamun pihak yang tidak berpuas hati sebagai tanda kemarahan rakyat Perak keseluruhannya". Apa benarkah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat ini ataupun hanya sekadar menyembunyikan hakikat yang sebenar bahawa mereka kini tidak senang dengan kelancaran pentadbiran yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri yang diterajui BN pada masa kini...

Tepuk dada tanya selera!!!