Dakwaan rancangan jahat BN timbul dari imaginasi ganas Pakatan

Dakwaan Pakatan Perak bahawa Barisan Nasional (BN) mempunyai rancangan jahat untuk menyerang wakil rakyat pembangkang semasa sidang DUN Rabu ini semata-mata disebabkan imaginasi ganas mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata dakwaan itu timbul kerana rata-rata wakil rakyat Pakatan itu sendiri berfikiran ganas dan berimaginasi liar dengan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan provokasi.

"Mereka mempunyai imaginasi liar...maka tidak hairanlah mereka bertindak liar. Buktinya adalah sidang DUN 7 Mei yang lalu. Rakyat boleh lihat siapakah yang mempunyai rancangan jahat...siapa yang tidak bertamadun dan ganas dengan berdiri di atas meja semasa dewan bersidang dahulu," katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menuduh bahawa BN mempunyai rancangan jahat untuk menyerang wakil Rakyat Pakatan yang cuba membuat kecoh pada sidang DUN 28 Oktober ini.

Nizar menuduh BN kononnya telah menggantikan bentara Dewan dengan mengupah 15 samseng dari UMNO.

Zambry menggesa rakyat supaya tidak mempercayai segala tuduhan Pakatan kerana mereka sendiri tidak pernah menghormati proses demokrasi dan sewenang-wenangnya melanggar undang-undang.

"Mereka langsung tidak ada rasa hormat pada undang-undang. Semua masih ingat semasa sidang 7 Mei lalu, mereka tidak ikut aturan untuk masuk ke dewan. Mereka masuk dulu supaya boleh ubah kedudukan wakil rakyat BN dari kanan ke kiri. Kita mengalah sahaja..tapi orang bukan bodoh," katanya ketika merujuk tuduhan Nizar bahawa BN mempunyai rancangan menghalang wakil rakyat Pakatan daripada memasuki dewan sebelum sidang bermula 10 pagi.

Zambry juga mempersoalkan samada ADUN Tronoh V. Sivakumar itu seorang yang pandai ataupun tidak.

"Sivakumar kini cabar ADUN BN untuk memboikot sidang DUN kerana jika hadir bermakna kita mengiktiraf beliau sebagai Speaker. Saya tidak tahu samada Sivakumar ini pandai atau tidak kerana beliau sendiri telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah putuskan (Datuk R.) Ganesan sebagai Speaker yang sah," katanya.

Beliau menasihati wakil rakyat Pakatan supaya belajar menjadi pembangkang yang bertanggungjawab sesuai dengan konteks demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan.

Beliau juga mahu Pakatan Perak supaya menghentikan tindakan-tindakan provokasi yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.

"Semalam (Sabtu) mereka sengaja adakan perhimpunan di Lumut dan Pangkor untuk cabar saya kerana tahu saya berada di tempat sama ketika itu. Tidak perlu saya sebutkan sambutan terhadap program mereka kerana semua tahu berapa orang yang hadir," katanya dengan nada sinis.

Majlis Pelancaran 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak








Simbolik perasmian 1 Malaysia Peringkat Negeri Perak

Majlis Pelancaran Lagu UMNO Perak







Bertempat di Bangunan UMNO Perak pada 18 Oktober 2009, YAB Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Lagu UMNO Perak sekaligus menamakan lagu tersebut dengan tajuk BERSETIA BERJUANG BERBAKTI. Ia merupakan gubahan bekas pemimpin Orkestra RTM Datuk Ahmad Dasilah manakala senikatanya oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir YAB PM juga mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra dengan warga UMNO Perak.

BPUNPk di Bagan Pinang

KETIBAAN YAB DATO’ SERI PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PERAK KE BILIK GERAKAN TAMAN SERI PINANG SERTA KUNJUNGAN BELIAU KE RUMAH PERAK JUGA DI TAMAN SERI PINANG






Bagan Pinang...


Seperti yang kita ketahui, proses penamaan calon Pilihanraya Kecil N31 DUN Bagan Pinang telah pun selesai. Kedua - dua parti yang bertanding masing-masing membawa penyokong
dalam membuktikan sokongan terhadap parti masing-masing di Bagan Pinang ini.

Tan Sri Isa Samad Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang akan ditentang Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, En. Zulkifli . Dalam keghairahan hari penamaan calon juga, tercetus sedikit kekecohan di mana Pengerusi Biro Putera UMNO merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abd. Aziz Rahim telah ditumbuk bertubi-tubi oleh penyokong pembangkang dan Datuk Ismail Sabri pula hampir menerima nasib yang sama.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku...Secara rasionalnya, pada kali ini, mungkin hanya kekecohan kecil yang tercetus dan tidak mustahil perkara sekecil ini akan menjadi lebih besar dan teruk...Isu ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan dari berlaku perkara-perkara yang tidak diingini...fikir-fikirkanlah...