Pelancaran Pusat Khidmat Bergerak BN Perak dan Rumah Terbuka Aidilfitri 1431H UMNO-BN Perak

Pusat Khidmat Bergerak BN Perak 

Tarikh:

(24/9/10) 10.00am - 10.00pm 

(25/9/10) 9.00am - 6.00pm 

Tempat: Perkarangan Bangunan UMNO Perak 


Rumah Terbuka Aidilfitri 1431H UMNO - BN Perak 

Tarikh: 25 September 2010

Masa: 10am - 12pm

Tempat: Perkarangan Bangunan UMNO Perak

...SEMUA DIJEMPUT HADIR...

 

Pertahan Hidup Harmoni Dari Pencabulan...


KUALA LUMPUR, 5 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia mempertahankan keharmonian hidup yang dikecapi selama ini.

Beliau berkata, keharmonian hidup itu telah sekian lama menjadi antara nikmat paling berharga buat rakyat berbilang bangsa di Malaysia kerana ia menjadi asas kepada pembangunan ekonomi, kemajuan pendidikan, tarikan pelaburan, perkembangan keagamaan, kebahagiaan keluarga, pembinaan budaya dan ketamadunan.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa rakyat agar mengamalkan prinsip saling menghormati berdasarkan kepada sensitiviti sesuatu kaum atau agama agar ia tidak mudah dicabuli oleh pihak lain.

Beliau berkata, prinsip itu amat penting dalam menentukan keharmonian negara terpelihara sekaligus dapat mengelak wujudnya perasaan ekstremis atau jumud.

Datuk Seri Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 3,000 penduduk kawasan Parlimen Gombak di perkarangan Kompleks Amaniah, Batu Caves di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Perdana Menteri berkata, rakyat juga perlu berpegang pada sikap bersederhana, kerana prinsip itu dapat meningkatkan perasaan saling menghormati antara umat Islam dan bukan Islam.

Pada majlis itu Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kilat RM500 tiap seorang kepada kepada empat mangsa kebakaran, sumbangan RM18,000 bagi 18 masjid di Parlimen Gombak serta bantuan hari raya kepada 142 orang miskin dan 158 anak yatim.

Najib kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan terawih bersama penduduk Gombak di Masjid Al-Amaniah yang terletak bersebelahan dengan Kompleks Amaniah. -MediaUMNO