Generasi muda harus ditarik minat untuk sertai politik




Barisan Nasional khususnya UMNO perlu mempergiatkan usaha bagi menarik minat lebih ramai di kalangan generasi muda untuk berpolitik sekali gus memastikan mereka menyertai BN.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, penyertaan lebih ramai golongan muda dapat mengelakkan persepsi bahawa parti BN hanya didominasi golongan berusia.

Katanya, peranan golongan muda ini harus diketengahkan kerana mereka merupakan kelompok pelapis yang akan memimpin dan memperjuangkan nasib negara.

"Kita tidak mahu ini menjadi trend BN sehingga menyebabkan golongan muda meminggirkan diri dan akhirnya memberi implikasi negatif kepada parti," katanya.

Justeru katanya, golongan muda perlu diberi peluang sebagai pemimpin dalam beberapa agenda parti bagi membolehkan mereka memahami perjuangan parti secara mendalam.

"Saya yakin sekiranya diberi peluang, mereka mampu menjadi pasukan gerak gempur barisan hadapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya.

No comments:

Post a Comment