PUTERI UMNO PERAK HARUS PEKA!!!


Setiap ahli Puteri UMNO Perak diminta berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan mengenai perkembangan politik serta pembangunan yang dijalankan kerajaan.

Ini perlu sebagai persediaan untuk menangkis setiap dakyah yang dibawakan pakatan pembangkang. Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hamzah Zainuddin, berkata mereka perlu menggunakan segala kepakaran masing-masing bagi memberi hujah bernas serta bermaklumat untuk berdepan dengan rakyat.

"Gunakan setiap saluran yang ada termasuk memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan dan program turun padang untuk memberi maklumat tepat kepada rakyat mengenai usaha kerajaan membangunkan negara.

"Bagi tujuan itu, setiap ahli perlu berkeyakinan dan memastikan mereka mengumpulkan maklumat sebaik mungkin bagi mengatasi maklumat palsu yang sering disiarkan pembangkang menerusi media interaktif," katanya.

Beliau berkata, pembangkang kini menggunakan strategi untuk menyebarkan dakyah buruk menghentam kerajaan dengan menggunakan media interaktif seperti laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Justeru, ahli Puteri UMNO perlu berusaha untuk menangani situasi itu dengan menjadikan diri mereka individu yang berilmu dan mempunyai maklumat tepat untuk berdepan dengan masyarakat bagi membetulkan tanggapan itu," katanya.

No comments:

Post a Comment