Pemuda UMNO Perak tubuh bilik gerakan untuk anak Perak di Mesir


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun berkata, bilik gerakan berkenaan akan menyampai maklumat mereka yang terperangkap di negara berkenaan.

"Rekod kerajaan negeri, Yayasan Perak dan Baitul Mal menunjukkan seramai 398 pelajar Perak sedang menuntut dalam pelbagai jurusan di beberapa universiti di Kaherah.

"Angka itu mungkin melebihi daripada rekod yang dicatatkan kerana kita tidak menolak kemungkinan ada anak Perak yang menuntut di sana hasil pembiayaan peribadi tanpa membabitkan agensi kerajaan seperti yang dinyatakan," katanya.

Justeru katanya, penubuhan bilik gerakan itu yang beroperasi sepanjang 12 jam dapat menjadi pengantara untukmenyalurkan maklumat berhubung butiran mangsa yang terkandas di negara berkenaan.
"Maklumat tidak hanya tertumpu kepada pelajar semata-mata, tetapi kepada rakyat Perak yang kemungkinan berada atau bekerja di sana turut dibantu.

"Orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan itu di talian 05-2411673 bermula jam 9 pagi hingga 9 malam dan ada petugas yang akan membantu jika menghadapi sebarang kesulitan berhubung masalah itu," katanya.

Katanya, Pemuda UMNO Perak juga menyatakan kesediaan menyertai anggota sukarelawan jika Wisma Putra memerlukan kakitangan tambahan untuk menguruskan hal ehwal pelajar atau rakyat Malaysia di Mesir yang semakin meruncing krisis politiknya. 

No comments:

Post a Comment