Generasi muda harus ditarik minat untuk sertai politik




Barisan Nasional khususnya UMNO perlu mempergiatkan usaha bagi menarik minat lebih ramai di kalangan generasi muda untuk berpolitik sekali gus memastikan mereka menyertai BN.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, penyertaan lebih ramai golongan muda dapat mengelakkan persepsi bahawa parti BN hanya didominasi golongan berusia.

Katanya, peranan golongan muda ini harus diketengahkan kerana mereka merupakan kelompok pelapis yang akan memimpin dan memperjuangkan nasib negara.

"Kita tidak mahu ini menjadi trend BN sehingga menyebabkan golongan muda meminggirkan diri dan akhirnya memberi implikasi negatif kepada parti," katanya.

Justeru katanya, golongan muda perlu diberi peluang sebagai pemimpin dalam beberapa agenda parti bagi membolehkan mereka memahami perjuangan parti secara mendalam.

"Saya yakin sekiranya diberi peluang, mereka mampu menjadi pasukan gerak gempur barisan hadapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti," katanya.

YAB DS Dr Zambry Abd Kadir ~ Perkenal sesi teh tarik untuk dekati rakyat Perak




Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperkenalkan sesi teh tarik sebagai alternatif terbaru untuk bersemuka mereka yang berkomunikasi dengannya menerusi media interaktif Facebook dan Twitter.

Sebagai langkah permulaan, sesi pertama pertemuan itu akan diadakan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di bandaraya ini, Ahad ini.

Beliau berkata, sesi berkenaan diadakan khusus untuk berinteraksi dengan mereka yang sebelum ini hanya berhubung dengan beliau melalui Facebook dan Twitter.

"Sebelum ini saya berinteraksi dengan mereka secara maya tetapi kali ini saya nak jumpa. Mungkin pada pertemuan itu saya dan mereka boleh berkongsi sesuatu idea.

"Saya seboleh mungkin ingin menemui semua kenalan pada sesi itu, tetapi mungkin terpaksa menghadkan bilangannya untuk menyesuaikan dengan lokasi pertemuan," katanya.

YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ Jangan ada jurang antara pemimpin dan rakyat


Pemimpin di negeri ini sekali lagi diingatkan supaya melaksanakan tanggungjawab mereka mendekati rakyat dengan kerap turun padang.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebagai pemimpim mereka perlu memastikan tidak wujud jurang perbezaan antara pemimpin dan rakyat .
Katanya saranannya juga seiring dengan hasarat Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Najib Tun Razak yang mahukan pemimpin kerap turun padang dan menyelami masalah yang dihadapi rakyat.
Katanya pemimpin yang dekat dengan rakyat juga dapat mengelak perbuatan strategi politik kotor pihak pembangkang yang sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan kredibility mereka di mata rakyat.
“Hari ini pemimpin dan rakyat perlu bersatu padu supaya tidak memberi peluang kepada strategi politik kotor yang digunakan pihak pembangkang bagi menjatuhkan pemimpin serta memanipulasi rakyat, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis dialog bersama Jawatankuasa Empat Sayap, JKKK serta penduduk Pulau Pangkor di Dewan Serbaguna Kampung Teluk Kecil, Pangkor semalam.
Menteri Besar turut mengingatkan penduduk supaya lebih bersemangat dan bersedia dalam mengahadapi PRU ke13 yang akan datang.
Terdahulu, Dr Zambry turut meramikan Mesyuarat PIBG SJK (T) Pulau Pangkor dan melawat bebarapa kawasan di sekitar Pulau Pangkor termasuk mengadakan turun padang di projek perumahan PBR Yayasan Bina Upaya (YBU) di Perkampungan Sungai Pinang Kecil bagi meninjau keadaan penduduk selain mengetahui masalah mereka.