Tindakan pembangkang yang diketuai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tronoh, V Sivakumar dan ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow memperlekehkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebagai agensi mengurus hal ehwal Bumiputera.
Ketuanya, Maslin Sham Razman berkata, kedua-dua ADUN itu telah menunjukkan isyarat tangan ‘thumbs down’ di hadapan premis perniagaan untuk disewa bagi khas untuk Bumpitera sahaja.
Menurutnya, mereka harus tahu sejarah penubuhan Mara adalah untuk memaju, menggalak, memudah serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan kepada kaum Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Sikap dan tindak-tanduk kedua-dua ADUN ini jelas sekali memperlihatkan pembangkang tidak menghormati serta memperlekehkan hak Bumiputera.
“Kami melahirkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan ini serta memberi amaran sekeras-kerasnya kepada pakatan pembangkang supaya tidak lagi mempersoalkan hak istimewa Bumiputera,” katanya melalui kenyataan bertulis yang dihantar kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan ADUN Tronoh dan Tebing Tinggi yang disiar di akhbar berbahasa Cina pada 1 Disember lalu.
Maslin berkata, mereka seharusnya menghormati bangsa Melayu yang langsung tidak pernah menafikan hak bangsa lain yang sentiasa menerimanya dengan hati terbuka.
Beliau turut memberi amaran untuk tidak membangkitkan hak istimewa Bumiputera tetapi mahu kedua-dua ADUN berkenaan hormati Perlembagaan Persekutuan yang menjadi simbol demokrasi negara.
“Fahami betul-betul isi kandungan perlembagaan, jangan bertindak mengikut emosi dangkal yang nanti akan menimbulkan pelbagai perkara tidak diingini.
“Kami tidak mahu peristiwa berdarah melibatkan rusuhan kaum sebagaimana yang berlaku pada 13 Mei 1969 berulang lagi,” katanya.
No comments:
Post a Comment